PELANCARAN
PROGRAM NILAM
2014
OBJEKTIF
Program
Nilam dilancarkan adalah bertujuan untuk :-
Ø Membina
budaya membaca dalam kalangan pelajar sekolah .
Ø Memupuk
budaya membaca berterusan di peringkat persekolahan .
Ø Melahirkan
keinginan dalam jiwa seseorang pelajar untuk terus membaca .
Ø Menggalakkan
pelajar terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca .
LAPORAN
Tarikh : 20 Januari 2014
Masa : 7.30 pagi – 8.30 pagi
Tempat :
Dewan Sri Murni , SMK Raja Abdullah
Pada
pukul 7.30 pagi , semua pelajar berkumpul di Dewan Sri Murni , SMK Raja
Abdullah bagi memulakan perhimpunan rasmi sekolah. Perhimpunan rasmi dimulakan
dengan nyanyian lagu rasmi sekolah . Perhimpunan berjalan seperti biasa yang
bermula dengan bacaan doa, bacaan ikrar dan diakhiri dengan ucapan guru
bertugas minggu ini. Pelancaran program Nilam ini dimulakan dengan ucapan
perasmian oleh Tuan Haji Wan Mohd Bin Wan Yusof, Pengetua SMK Raja Abdullah dan
seterusnya merasmikan Program Nilam. Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa
Program Nilam (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan satu pendekatan untuk mengatasi
masalah yang menghalang penyuburan tentang matlamat utama Program Nilam
dilancarkan di sekolah. Antara matlamatnya ialah dengan adanya program Nilam
ini, ia dapat membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan pelajar.
Beliau juga menekan terdapat tiga elemen penting dalam menjayakan Program Nilam
iaitu :
i.
Setiap pelajar merekodkan buku yang dibaca dalam
Buku Rekod Membaca Nilam .
ii.
Guru mengesahkan rekod bacaan pelajar .
iii.
Pengiktirafan diberi kepada pelajar berdasarkan
bilangan buku yang dibaca.
Sebelum menamatkan ucapan beliau
, beliau menyeru semua pelajar supaya
sentiasa memupuk nilai minat
membaca dalam diri mereka. Setelah selesai ucapan daripada pengetua, majlis
diteruskan lagi dengan persembahan iaitu deklamasi sajak. Para pelajar juga
diedarkan artikel menarik yang bertajuk ‘ 6 Disiplin Di Perpustakaan ’ Tepat
jam 8.30 pagi , majlis pelancaran program Nilam diakhiri dengan nyanyian lagu
Nilam oleh semua pelajar.
Disediakan oleh , Disahkan oleh,
___________________ __________________
( PUTERI NUR SYAFIQAH ) ( CIK RUTH CHIA )
Naib Setiausaha, Guru penyelaras,
Lembaga Pusat Sumber, Lembaga Pusat Sumber,
SMK Raja Abdullah. SMK Raja Abdullah.
Ucapan Program Nilam
Program NILAM mula dilaksanakan di semua sekolah rendah
dan menengah mulai tahun 1999 yang bermatlamat membina tabiat budaya membaca
yang berterusan dalam kalangan murid dan pelajar sekolah melalui pelbagai
aktiviti yang menggalakkan murid banyak membaca .
Nilam bermaksud Nadi Ilmu Amalan Membaca , usaha
Kementerian Pelajaran Malaysia , khususnya Bahagian Teknologi Pendidikan ( BTP
) melalui pelaksanaan program NILAM dalam usaha memupuk budaya membaca
berterusan di peringkat sekolah merupakan satu usaha murni yang cukup bermakna
dalam konteks membina budaya membaca masyarakat Malaysia.
Sebagaimana diketahui , tabiat budaya membaca bukanlah
satu sifat semula jadi , sebaliknya perlu dipupuk dan dirancang agar dapat
melahirkan keinginan dalam jiwa untuk terus mebaca. Amalan membaca boleh
membentuk masyarakat menjadi golongan yang aktif dan padu dari aspek
personaliti dan rohani serta maju dan matang dari sudut mental dan fizikal.
Dalam melaksanakan budaya membaca, aspek penghayatan
sangat penting. Kita mungkin dapat menganjurkan satu program yang tersusun dan
terancang kerana aspek penghayatan menjadi daya pengukur kejayaan sesuatu
program.
Aspek penghayatan dapat dilihat daripada budaya membaca
yang tiggi , terlalu mencintakan buku atau bahan bacaan , mempunyai
koleksi buku sendiri dan yang paling
penting ialah unsur – unsur intelektualisme akan tergambar dalam diri seperti
cara pemikiran , kelancaran berbahasa dan sebagainya.
Saya amat yakin umum sudah sedia maklum bahawa pembacaan
adalah media terbaik untuk kita berkongsi dan belajar daripada pengalaman orang
lain. Jiwa yang sihat dan minda yang tajam akan membolehkan kita menyisih dan
memilih ilmu yang diceduk melalui pembacaan yang meluas untuk melahirkan
generasi yang berilmu.
Amalan membaca boleh membentuk masyarakat menjadi
golongan yang aktif dan padu dari aspek personaliti dan rohani serta maju dan
matang dari sudut mental dan fizikal.
Saya menyeru para pelajar agar memberikan kerjasama yang
sepenuhnya dalam menjayakan program ini.
Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua
guru khususnya guru Pusat Sumber dan guru NILAM yang telah memikul amanah bagi
melaksanakan program ini sehingga berjaya dilaksanakan.
Akhir kata dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim. Saya
merasmikan Program NILAM , peringkat sekolah bagi sepanjang tahun 2013.
GAMBAR – GAMBAR
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PROGRAM
KURSUS ASAS PENGURUSAN
PUSAT SUMBER
2014
OBJEKTIF
Tujuan Program
Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber diadakan adalah :-
ü Memberi
Kursus Asas Pusat Sumber kepada Pelatih
Pengawas Pusat Sumber.
ü Memberi
pengetahuan asas dan tunjuk ajar bagaimana buku – buku Pusat Sumber diproses dengan cara yang betul.
ü Menjelaskan
dan mengingatkan pelatih tentang kepentingan memproses sesebuah buku dengan
cara yang betul mengikut langkah
–langkah yang telah ditetapkan.
ü Memberi
gambaran kepada Pelatih – pelatih Pengawas Pusat Sumber untuk memproses bahan
bacaan di Pusat Sumber SMK Raja Abdullah .
LAPORAN
Tarikh : 24 January 2014 ( Jumaat )
Masa : 12.30 petang – 2.00 petang
Tempat : Pusat Sumber , SMK Raja Abdullah
Pada pukul 12.30 petang ,
para pelatih Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas Pusat Sumber telah bersiap
sedia di Pusat Sumber untuk Program Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber 2014. Seramai pelatih Pengwas Pusat Sumber telah hadir
menjalani Kursus Asas Pengurusan Pusat
Sumber. Segelintir seniors Pengawas Pusat Sumber turut sama hadir pada hari
tersebut untuk menghulurkan pertolongan
dan sokongan. Beberapa PPS telah ditugaskan untuk mengedarkan artikel kepada
semua pelatih PPS sebagai rujukan. Pengerusi iaitu Chan Xin Wen telah memberi
tunjuk ajar kepada para pelatih PPS melalui tayangan ‘slide show'. Dalam kursus
ini , pelatih Pengawas Pusat Sumber telah diberi peluang untuk menjalankan
praktikal memproses buku – buku dengan adanya tunjuk ajar daripada pengerusi
dan senior Pengawas Pusat Sumber. Diharap para pelatih Pengawas Pusat Sumber
mendapat pengetahuan asas mengenai langkah – langkah memproses dengan betul dan
sistematik.
Laporan disediakan oleh, Disahkan oleh,
___________________ __________________
( PUTERI NUR SYAFIQAH ) ( CIK RUTH CHIA )
Naib Setiausaha, Guru
Penyelaras,
Lembaga Pusat Sumber, Lembaga
Pusat Sumber,
SMK Raja Abdullah. SMK
Raja Abdullah.
Chan Xin Wen selaku
Pengerusi Lembaga Pusat Sumber 2014 sedang memperkenalkan diri kepada pelatih –
pelatih yang hadir pada Program Khusus Asas Pengurusan Pusat Sumber.
Chan Xin Wen , Pengerusi Pusat Sumber sedang
memberi penerangan tentang cara – cara memproses buku.
Beberapa orang senior
– senior turut sama datang untuk membantu menjayakan program ini.
Senior – senior yang hadir memberi tunjuk ajar kepada para pelatih.
KESIMPULAN
Kesimpulannya , Program Kursus
Asas Pengururusan Pusat Sumber telah berjalan dengan lancar .Melalui program
ini , para pelatih Pengawas Pusat Sumber telah didedahkan dengann cara – cara
memproses buku dengan betul dan sistematik . Para pelatih memberI kerjasama
yang baik semasa menjayakan program ini.
Majlis bermula sekitar jam 12.30 petang dan berakhir pada jam 2.00
petang . Pihak Pengawas Pusat Sumber berharap program ini dapat melahirkan
Pengawas Pusat Sumber yang cemerlang pada masa hadapan.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
___________________ __________________
( PUTERI NUR SYAFIQAH ) ( CIK RUTH CHIA )
Naib Setiausaha, Guru
Penyelaras,
Lembaga Pusat Sumber, Lembaga
Pusat Sumber,
SMK Raja Abdullah. SMK
Raja Abdullah
--------------------------------------------------------------------------------------------------
ORIENTASI PUSAT SUMBER
TINGKATAN 1 & PERALIHAN
2014
OBJEKTIF
Ø Memperkenalkan Pusat Sumber kepada para pelajar .
Ø Menjelaskan peraturan – peraturan Pusat Sumber SMKRA kepada pelajar
tingkatan 1 dan peralihan supaya mereka mematuhinya .
Ø Memperkenalkan Pusat Sumber sekolah kepada mereka yang belum
lagi membiasakan diri dengan persekitaran baru.
Ø Membuka peluang kepada pelajar tingkatan 1 dan peralihan yang
berminat menjadi seorang Pengawas Pusat Sumber .
Ø Memupuk semangat bersedia berkhidmat untuk sekolah dalam
kalangan pelajar.
LAPORAN
Tarikh : 07
January 2014 ( Jumaat )
Masa : 12.30
petang – 3.00 petang
Tempat :
Dewan Sri Murni SMK Raja Abdullah
Pada pukul 12.45 petang , beberapa
Pengawas Pusat Sumber telah bersiap sedia di Dewan untuk Majlis Orientasi .
Beberapa PPS telah ditugaskan untuk mengedarkan buku program Pusat Sumber kepada semua pelajar sebagai rujukan . Pada
hari tersebut , Cikgu Ruth Chia selaku penyelaras Pusat Sumber telah memberi
sedikit pengenalan mengenai Pusat Sumber SMK Raja Abdullah. Cikgu Ruth Chia
telah memperkenalkan 2 orang guru penasihat Pusat Sumber sesi petang bagi tahun
2014 . Guru tersebut ialah Cik Low Yean Ping dan Pn Tengku Zaini . Guru
penasihat Pusat Sumber sesi petang , Pn
Ping telah menayangkan slaid show kepada pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan .
Seterusnya , ucapan oleh Chan Xin Wen , Pengerusi PPS. Dalam ucapan Pengerusi ,
beliau telah berkongsi kelebihan dan
pengalaman selama 5 tahun bertugas sebagai Pengawas Pusat Sumber. Pengerusi menyarankan
kepada semua pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan agar memilih menjadi Pengawas
Pusat Sumber. Pengerusi sempat memperkenalkan Gui Hui Ni selaku Naib Pengerusi
bagi tahun ini. Chua Thian Thian selaku Wakil Junior telah memperkenalkan Low
Mei Jia dan Moo Mei Ying yang berperanan
sebagai Penolong Wakil Junior. Ucapan terakhir daripada Puteri Nur Syafiqah ,
Naib Setiausaha. Sebelum Majlis Orientasi berakhir 2014, pelajar yang berminat menjadi PPS
diminta mendapatkan borang daripada Pengwas Pusat Sumber yang bertugas dan
hadir pada hari temu duga pihak Pengawas Pusat Sumber.
Laporan disediakan oleh, Disahkan oleh,
___________________ __________________
( PUTERI NUR SYAFIQAH ) ( CIK RUTH CHIA )
Naib Setiausaha, Guru
Penyelaras,
Lembaga Pusat Sumber, Lembaga
Pusat Sumber,
SMK Raja Abdullah. SMK
Raja Abdullah.
GAMBAR – GAMBAR
Cik Low Yean Ping , guru
penasihat Pusat Sumber sesi petang sedang memberi penerangan
kepada pelajar Tingkatan 1 dan
Peralihan tentang Pusat Sumber.
Wajah –
wajah Pengawas Pusat Sumber yang hadir semasa Majlis Orientasi 2014
Pengerusi , Chan Xin Wen sedang
memberi sedikit ucapan semasa Majlis
Orientasi 2014
Pengawas Pusat Sumber yang bertugas di bahagian kaunter pendaftaran.
Para pelajar tekun mendengar taklimat dan
memberi kerjasama yang baik terhadap
program ini.
MAJLIS PERSARAAN 2013
( 20 SEPTEMBER 2013)
Penyampaian
cenderamata kepada Pengerusi PPS , Tan Leong Soon.
Semua PPS sedang
menjamu selera
Persembahan Key-Board
oleh Tai Guo Leong – 1F
Tarian K- Pop oleh
PPS Tingkatan 2
Iklan’ Maggi Mee
’oleh PPS Tingkatan 4
Majlis persaraan diraikan dengan meriah
dan besar-besaran pada tahun ini. Selepas , menjamu selera dengan semua ahli Lembaga Pusat Sumber bagi meningkatkan
kerjasama dan hubungan silaturahim. Majlis Persaraan dimulakan dengan
persembahan seperti berikut :-
a)
Persembahan multi-media.
b)
Persembahan Key- Board
bertajuk ‘ My Heart Will Go On ’.
c)
Iklan daripada Tingkatan 4.
d)
Persembahan drama bertajuk
‘ singlish ’daripada Tingkatan 1.
e)
Persembahan koir bertajuk ‘
My Love ’
f)
Persembahan K- Pop.
g)
Persembahan drama daripada
Tingkatan 2 yang bertajuk ‘ Pelajar Yang Ternakal ’
h)
Memberi sijil penghargaan
kepada Pengawas Pusat Sumber.
Majlis Persaraan tamat pada
jam empat petang. Majlis telah berlangsung dengan lancar. Semua PPS bergembira pada hari
tersebut.
-------------------------------------------------------------------------------------------
PROGRAM BAKUL NILAM
( 8 JULAI 2013)
Bakul NILAM
No.4 dipenuhi oleh
pelbagai
jenis buku cerita yang menarik.
Buku –buku NILAM
Bahasa Inggeris
Buku –buku NILAM Bahasa Melayu
Buku NILAM Bahasa Cina
Program Bakul NILAM 2013
telah mula dilaksanakan pada 8hb Julai 2013 untuk menggalakkan pembacaan
berterusandalam kalangan pelajar. Sebanyak RM 1,500 telah disumbangkan oleh
pihak PIBG sekolah untuk menjalankan program
ini. Sejumlah lima buah bakul NILAM disediakan terdiri daripada pelbagai
jenis buku cerita yang terdiri daripada buku Bahasa Melayu, buku Bahasa
Inggeris dan buku Bahasa Cina. Sebanyak 25 buah buku disediakan dalam setiap
bakul NILAM.
Objektif Program NILAM
adalah :-
a) untuk menyediakan buku-buku
cerita sebagai bahan relief semasa waktu relief atau untuk kelas kawalan.
b) merupakan alternatif untuk
galakan membaca sekiranya tiada sudut
pembacaan dalam kelas.
c) menanam sifat membaca yang berterusan dalam kalangan para pelajar.
d) menyediakan buku bacaan
yang menarik untuk Program Bacaan NILAM.
-------------------------------------------------------------------------------------------
LAWATAN PUSAT SUMBER KE KIDZANIA
(23 JULAI 2013).
Para pelajar dan guru seronok melawat Kidzania.
Lawatan sempena Minggu
Pusat Sumber telah diadakan pada hari Selasa, 1 Julai 2013. Para peserta
seramai 80 orang, yang terdiri daripada Pengawas
Pusat Sumber dan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 telah dibawa melawat
Kidzania. Di Kidzania, para pelajar diberi peluang untuk mencuba sebanyak 90
jenis pekerjaan dan pelajar diberi cek sebanyak 50 Kidzos sebagai permulaan
untuk dibelanjakan. Untuk mencuba
pelbagai jenis pekerjaan para pelajar dikehendaki memakai sebuah alat
elektronik di pergelangan tangan.
Hasil daripada
lawatan ini, diharap para pelajar dapat :-
-
Mencuba pelbagai jenis
pekerjaan di Kidzania.
-
Meluaskan pengalaman dan pengetahuan
tentang pelbagai jenis pekerjaan.
-
Melahirkan pelajar yang
bercita-cita tinggi untuk mencapai pekerjaan impian mereka.
-
Mempelajari dan
mengembangkan minda untuk mengukuhkan pengetahuan yang sedia ada.
Secara keseluruhannya, lawatan ini
telah banyak memberi manfaat kepada semua pelajar dan guru.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
MINGGU PUSAT SUMBER 2013
(25 JUN 2013)
Perasmian Minggu
Pusat Sumber 2013 bersama dengan pentadbir di Pusat Sumber.
Pengetua
sedang menguji
permainan
yang disediakan.
PPS sedang
menerangkan
pameran yang bertajuk “The Great Pyramid” kepada Pn
Noor Adiah.
Pn Noor Adiah melihat model-model yang dipamerkan.
“Fortune
Spin” merupakan
permainan
yang menarik.
Majlis pelancaran Minggu Pusat Sumber 2013 telah
dilancarkan pada 25 Jun 2013 oleh Pengetua Tuan Haji Wan Mohd Wan Yusof. MPS 2013 adalah bertema “Mysteries Of The World” .
Berberapa aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang MPS yang memakan masa
selama seminggu. Antaranya ialah, kuiz, carian harta karun, permainan, pameran,
jualan, dan tayangan filem (Movie Magic).
Ramai pelajar SMKRA berminat menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh
Lembaga Pusat Sumber. Tambahan pula, pada tahun ini jualan makanan dan
permainan ‘Lucky Draw’ yang dipanggil “Fortune
Spin” telah diadakan. Objektif MPS 2013 adalah untuk meluaskan pengetahuan
pelajar tentang tema “Mysteries Of The
World”, menggalakkan para pelajar melibatkan aktiviti-aktiviti yang menarik
untuk kebaikan semua pelajar. Secara keseluruhannya, Minggu Pusat Sumber 2013
telah mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pelajar dan guru.
MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SESI PETANG
(25 Jun 2013)
Pengawas
Pusat Sumber sesi petang yang dilantik sedang
melafazkan ikrar yang dilafazkan oleh Pengerusi Pengawas Pusat Sumber.
En. Abu Zaid Bin Zakaria, Penolong Kanan Penyelia
Petang
Sedang menyampaikan sijil perlantikan sesi 2013 kepada Pengawas Pusat Sumber sesi petang.
Pada 25hb Jun 2012, Majlis Perlantikan Pengawas Pusat Sumber bagi sesi
petang telah dijalankan di Dewan Seri Murni. Majlis tersebut diadakan seiring dengan
majlis perhimpunan rasmi. Seramai 19 Pengawas Pusat Sumber telah dilantik bagi tahun
ini.
Senarai nama Pengawas Pusat Sumber sesi 2013.
1.
Low Mei Jie – 1A
2.
Low Li Qing – 1A
3.
Choo Jie How – 1B
4.
Kareenaraj Kaur - 1B
5.
Tan Chie Ting – 1B
6.
Tan Zhi Zhi – 1B
7.
Chan Xin Wei - 1C
8.
Ng Jung Ming – 1C
9.
Tan Hui Yan – 1C
10.
Joshini A/P K.Ramesh -1D
11.
Lim Cheng Cheng – 1D
12.
Rubaahsini A/P Subramaniam – 1D
13.
Tarandeep Sigh – 1D
14.
Chua Thian Thian – 1E
15.
Moo Mei Ying – 1E
16.
Nur Aqilah Shairah Binti Ramli
– 1G
17.
Wynce Shak -1G
18.
Tan Weng Kei – PA
19.
Lau Xin Hou – PB
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pelancaran NILAM 2013
( 25 Februari 2013)
Pelancaran program Nilam ini dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Tuan Haji WaN Mohd Bin Wan Yusof, Pengetua SMK Raja Abdullah dan seterusnya merasmikan Program Nilam. Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah. Selain itu, beliau turut menyentuh tentang matlamat utama Program NILAM dilancarkan di sekolah. Antara matlamatnya ialah dengan adanya program NILAM ini, ia dapat membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan pelajar. Beliau juga menekankan terdapat tiga elemen penting dalam menjayakan Program NILAM iaitu:
i. setiap pelajar merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca Nilam,
ii. Guru mengesahkan rekod bacaan pelajar.
iii. Pengiktirafan diberi kepada pelajar berdasarkan bilangan buku yang dibaca.
Sebelum menamatkan ucapan beliau, beliau menyeru semua pelajar supaya sentiasa memupuk nilai minat membaca dalam diri mereka. Setelah selesai ucapan daripada pengetua, majlis diteruskan lagi dengan persembahan pelajar iaitu deklamasi sajak dan sesi bercerita oleh seorang Pengawas Pusat Sumber. Seterusnya persembahan media iaitu animasi kacang yang dapat meningkatkan minat membaca pelajar. Tepat jam 8.30 pagi, majlis pelancaran program Nilam diakhiri dengan nyanyian lagu Nilam oleh semua pelajar.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Orientasi Pelatih PSS 2013
( 28 Februari 2013)
Pada 28 Februari 2013 ,beberapa Pengawas Pusat Sumber telah bersiap sedia di Pusat Sumber untuk menjalankan sesi ke 1/ 2013 Orientasi Pelatih Pengawas Pusat Sumber. Pada 9.30 pagi , semua Pengawas Pusat Sumber sesi petang berkumpul untuk mengadakan aktiviti orientasi bagi pelatih PPS. Mereka diberikan 15 minit untuk berkumpul dan kemudiannya permainan dimulakan. Permainan ”Answer The Paper Cub ”dimulakan .Peserta terakhir ketika music berhenti perlu menjawab soalan yang tertera di paper cub .Sekiranya gagal,denda akan dikenakan .Permainan kedua ialah “Babak”. Para peserta yang terpilih perlu melakonkan sesuatu dengan menggunakan bahan yang dicabut dari “Kotak Misteri “.Permainan yang terakhir ialah “Count The Money “. Para peserta perlu mengira sejumlah wang dengan tepat dalam masa 1 minit. Pasukan yang menang akan mendapat hadiah. Akhirnya orientasi bagi Pelatih Pengawas Pusat Sumber pada pukul 12.30 petang.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kursus PSS 2013
(Februari 2013)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Masa : 12.30-2.30 pm
Tempat : Pusat Sumber
Seramai 25 pelatih Pusat Sumber telah menghadiri Kursus Asas Pusat Sumber pada Februari 2013. Kursus ini dijalankan untuk melatih para pelatih cara memproses buku-buku perpustakaan dengan cara yang betul dan sistematik mengikut Sistem Perpuluhan Dewey. Para pelatih diajar langkah-langkah yang perlu diikuti semasa memproses buku.
i. Memastikan buku tiada masalah. Contoh, tiada kerosakan, kehilangan muka surat dan lain-lain.
ii. Mengisikan semua butiran maklumat pada Slip Kerja dengan pen hitam
iii. Key-in semua maklumat dalam komputer.
iv. Print bar kod dan nombor pangilan
v. Chop semua bahagian buku.
vi. Mengisikan maklumat dalam kocek buku, kad buku dan slip tarikh pulang dan seterusnya melekatkan pada buku.
vii. Membalutkan buku.
Para pelatih telah diberi peluang untuk menjalankan praktikal memproses buku-
buku dengan adanya tunjuk ajar yang betul daripada pengerusi dan senior
Pengawas Pusat Sumber yang lain.
Akhir kata, dengan adanya kursus ini diharapkan para pelatih Pengawas Pusat
Sumber dapat mengetahui bagaimana sesebuah buku diproses dengan cara yang
betul dan sistematik.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Orientasi Kenal Suai PSS 2013
( 4 Januari 2013 )
Pada pukul 12.45 petang, semua Pengawas Pusat Sumber yang dipilih membantu menjalankan Orientasi ini telah berkumpul di Pusat Sumber dan guru penyelaras Pusat Sumber, Cik Ruth Chia telah menjelaskan tugas-tugas yang perlu mereka lakukan semasa Orientasi tersebut berlangsung. Orientasi Tingkatan 1 dan peralihan bermula pada pukul 2.30 petang dengan mengedarkan buku program Pusat Sumber kepada semua pelajar sebagai rujukan. Selepas itu, Puan Wong Ling Na, salah satu guru penyelaras Pusat Sumber sesi petang menerangkan peraturan-peraturan dan kemudahan di Pusat Sumber serta kebaikan menjadi seorang Pengawas Pusat Sumber kepada pelajar beserta dengan tayangan slaid yang disediakan oleh Pengawas Pusat Sumber, Muhd Faisal. Sebelum menamatkan sesi Orientasi 2013, pelajar yang berminat menjadi Pengawas Pusat Sumber diminta mendapatkan borang daripada Pengawas Pusat Sumber yang bertugas dan hantar ke Pusat Sumber selepas siap diisi. Orientasi Pusat Sumber pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan tahun 2013 tamat pada pukul 3.50 petang.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lawatan Ke Perpustakaan Negara 2012
( 22 Mac 2012 )
Pada 22hb Mac 2012, Cik Ruth Chia dan Puan Sunita Naraindas, guru penyelaras Pusat Sumber dan 32 Pengawas Pusat Sumber telah berkumpul di depan Tapak Patriotik untuk bersedia melawat Perpustakaan Negara Kuala Lumpur. PPPS menaiki bas sekolah bermula pukul 7.30 pagi dan mengambil masa sehingga pukul 8.15 akibat sesak jalan. Setibanya di Perpustakaan Negara, kami sekumpulan telah mendaftarkan diri sebagai ahli Perpustakaan Negara dan selepas itu kita diberi sarapan pagi. Lawatan disambung dengan sesi ceramah tentang pengunaan Perpustakaan yang dikendalikan oleh staf-staf Perpustakaan Negara dan ceramah tersebut berlarutan hingga pukul 1.00 tengah hari. Selesainya sesi ceramah, peserta-peserta lawatan telah dijemput makan tengah hari dan diberi masa satu jam untuk menunaikan solat atau untuk meneroka pilihan buku-buku dalam Perpustakaan Negara. Pada pukul 2.15 petang, kami semua berkumpul di depan bangunan PNM dan dibawa ke bangunan bersebelahan iaitu Menara PNM untuk menyambung lawatan dengan menunjungi Pusat Manuskrip Melayu. Kemudian kami serombongan telah berkunjung ke Pusat Perkhidmatan Mikrofilem sebelum menziarahi Bahagian Pemulihan Buku. Jangka masa lawatan tersebut adalah lebih kurang 2 jam. Lawatan berakhir dengan pengisisan borang maklumbalas yang disediakan oleh staf PNM. Kemudian PPS kembali ke sekolah lebih kurang 5.00 petang di sekolah.
No comments:
Post a Comment